Cara Update/Upgrade Mikrotik RouterOS via Winbox

Bagaimanakah cara untuk upgrade/update RouterOS Mikrotik kepada versi yang terbaru? Persoalan ini akan kita ulas pada artikel kali ini. Beberapa cara dapat dilakukan untuk upgrade versi RouterOS Mikrotik menggunakan cara manual atau semi automatik.

Cara Upgrade Mikrotik RouterOS secara manual sudah diulas pada artikel sebelum ini iaitu Tutorial Cara Upgrade RouterOS ke Versi Terbaru
Cara untuk upgrade mikrotik secara semi auto akan kita bincangkan pada artikel ini.

Namun, sebelum itu pastikan dahulu Peranti Mikrotik anda sudah boleh mengakses internet untuk download Pakej RouterOS terbaru. Silakan baca artikel berikut :
Cara Menghubungkan Mikrotik ke Internet

Cara melakukan update/upgrade Mikrotik RouterOS secara semi auto sangat senang. Hal ini  kita boleh lakukan via Winbox Mikrotik dengan mengakses menu System –> Packages.

 

Cek pada column Installed Version dan Latest Version adakah ada perbezaan versi.

Jika ada silakan klik Download & Install.

Tunggu sehingga proses download selesai. Selepas itu, Mikrotik akan melakukan upgrade secara automatik dan reboot automatik. Setelah reboot, pastikan pakej upgrade nya sudah terinstall semua.

 

Sekian sahaja perkongsian Cara Update/Upgrade Mikrotik RouterOS Semi Otomatis via Winbox. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat 🙂